BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 13, 2013

Marhaban Ya Ramadhan Kareem



"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa" [Al Baqarah:183]


Ehemm ehem. Assalamualaikum semua pembaca. Kenal tidak dengan ayat di atas? Ayat ini menyeru kita umat islam untuk berpuasa di bulan RAMADAN yang penuh mulia ini. Tak rugi pun berpuasa cuma sebulan sahaja. Kemudian kita dapat merasai nikmat Aidilfitri. 

Antara hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat : 


Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan!  Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!  Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).”               

(Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)


Adakah yang tak tahu lagi bagaimana niat untuk berpuasa? Ni niatnya :


Kalau dah tahu niat berpuasa, ni pula doa berbuka puasa :




 Malah, banyak kelebihan-kelebihan yang dapat kita peroleh melalui berpuasa. Mahu tahu? Jom baca selanjutnya.

 Kelebihan orang yang berpuasa :
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hamba-Nya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu, kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran berserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. Mohonlah keampunan Illahi i bulan Ramadhan yang mulia itu.



Yang tadi tu kelebihan Ramadan. Kali ni pula amalan yang sunat dilakukan untuk menambah pahala kita di bulan Ramadan yang penuh barakah ini. Memandangkan para jemaah SYAITAN telah pun diikat, jadi tiada siapa pun yang boleh menghalang kita daripada beribadat kepada Allah SWT, melainkan jika diri kita sendiri yang malas. Jom praktikkan :

  •  Membaca dan bertadarus Al-Quran.
  •  Menunaikan solat Tarawih.
  •  Memberi sedekah.
  •  Banyakkan berdoa dan memohon keampunan daripada Allah SWT.
  •  Menjamu orang berpuasa berbuka puasa.
Banyakkanlah melakukan amalan yang baik kerana pada bulan Ramadan ini amalan kita akan dilipat gandakan. Di samping itu, bulan Ramadhan ini juga dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin mengurangkan berat badan dan mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Semoga Ramadan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Bersyukurlah kerana diberi kesempatan untuk merasai nikmat Ramadan pada tahun ke 1434 hijrah ini. 


Ramadan mengajar kita menjadi kuat. Bukan menjadi lemah. Contohilah sifat-sifat Rasulullah dan para sahabat, bayangkan betapa teguhnya iman mereka kerana berlakunya peristiwa perang BADAR ketika bulan Ramadan. Mereka sanggup menempuh ujian Allah ini demi menegakkan agama Islam dan akhirnya mereka menemui jalan kemenangan. 




Saya sekadar ingin berkongsi sahaja tentang bulan Ramadan ini. Saya kongsi, kita sama-sama lakukan. In Sha Allah pahala berganda. Jangan lupa pusa penuh tau! Harap kita sama-sama dapat menemui LAILATULQADAR yang hadir pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Jadi jangan lupa tingkatkan ibadah di bulan ini. Bukan susah pun. Kalau novel boleh baca selama 3 jam sahaja, bagaimana pula dengan al-Quran? Kalau kita boleh menyanyi lagu Kpop, English, Jiwang karat sepanjang masa, bagaimana pula dengan ZIKRULLAH? Buatlah perkara yang mendatangkan pahala dahulu. Jom berubah! Anggaplah ini merupakan Ramadan yang terakhir buat kita. Wasalam.